Thursday, July 30, 2009

Minda 6: Cinta dan persoalannya vol 1

ISLAM MELARANG CINTA BERPANJANGAN
Sebenarnya dalam persoalan cinta ini, memang tidak dapat dielakkan, bila sudah timbul keinginan terhadap seseorang, cinta itu akan datang sendiri. Perasaan itu adalah fitrah semulajadi yang tidak perlu diajar atau didatangkan. Sebab itulah Islam amat melarang pergaulan bebas kerana ia boleh merangsang fitrah dan keinginan kepada jantina lain itu.Apabila seseorang sudah ada keinginan terhadap seseorang yang lain, ada jalan penyelesaiannya yang telah ditentukan oleh Islam. Jika ia mampu untuk berkahwin, digalakkan ia terus berkahwin. Jika tidak ia harus berpuasa untuk melawan keinginannya itu. Bagi mereka yang sudah mampu untuk berkahwin,waktu itulah diharuskan pihak lelaki meminang si anak dara tersebut.Sewaktu majlis pertunangan itu kedua-dua pasangan teruna dan dara ini boleh dipertemukan dengan ditemani muhrim mereka. Dalam ajaran Islam, harus ditemukan supaya kita tahu apakah mereka setuju untuk meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Waktu kali pertama pertemuan itulah timbul rasa cinta antara mereka. Bila sudah berjumpa dan ada rasa hati, kahwinkan segera agar kehangatan cinta mereka itu boleh merangsang kebahagiaan rumahtangga yang dibina.Tapi apa yang berlaku di dalam masyarakat kita, setelah lebih tiga atau empat tahun bercinta, barulah mereka hendak memikirkan untuk mendirikan rumahtangga bersama. Ini sudah terlambat. Ibarat tebu yang hilang manisnya; tinggal hampas sahaja. Manisnya sudah hilang sepanjang masa perkenalan itu. Akibatnya bila mereka mendirikan rumahtangga, kasih sayang antara mereka semakin hambar.Tidak pelik, jika kita dengar ada pasangan yang baru dua tiga bulan mendirikan rumahtangga, terus bercerai. Islam tidak mempersoalkan tentang sama ada perlu bercinta sebelum kahwin atau cinta selepas kahwin. Tapi yang dilarang ialah cinta yang berpanjangan sebelum kahwin boleh menyebabkan kehangatan kasih sayang itu akan terus malap setelah bernikah.Justeru itu Islam sangat menggalakkan agar pasangan yang sudah jatuh hati antara mereka sewaktu bertunang dicepatkan proses pernikahan mereka agar kasih sayang terus bertaut dan tidak terus malap . Sebaliknya jika sewaktu bertunang, kedua-duanya atau salah seorang dari mereka tidak terpaut antara mereka, eloklah jika pertunangan itu diputuskan sahaja. Begitulah Islam memberi jalan keluar kepada persoalan cinta.

Tuesday, July 28, 2009

Lawatan Kerja Pengerusi MARA


Pada 27 Julai, Pengerusi MARA Y.B Dato' Seri Idris Jusoh telah datang ke Maktab Rendah sains Mara Kota Kinabalu atas platform lawatan kerja.


Lawatan kerja pengerusi MARA kali ini dilihat satu evolusi baharu yang cuba dibawa oleh MARA sebagai badan berkanun dalam negara. Evolusi yang holistik dalam pelbagai sektor dalam MARA seperti MRSM, IKM, GIAT MARA dalam meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan yang diberi kepada rakyat.


Kualiti menjadi keutamaan. MARA: The way to 2008 menjadi visi yang jelas dalam memacu MARA ke arah sebuah badan yang melangkaui batas geografi merentasi seluruh dunia satu masa nanti.


Oleh itu, jelas lagi bersuluh, pegawai MARA guru MRSM khususnya perlu meningkatkan tahap kecekapan, ilmu dan kreativiti yang holisitk dalam organisasi masing-masing agar tidak dilabelkan sebagai pegawai yang tidak komited dalam menjalankan tugas. Hal ini menuntut Pegawai MARA agar 'All Out' dalam setiap tugas yang diamanahkan oleh organisasi.


Terima kasih.

Thursday, July 23, 2009

Minda 5: Sajak 1


HAKIKATNYA AKU TIDAK ADA APA-APA

Tidak ada apa pun yang ada padaku
Engkau suruh aku beribadah, aku pun beribadah
Aku pun beribadah, kemahuanku beribadah adalah kemahuan-Mu
Aku berusaha dan bertenaga ke arah itu semuanya qudrat dan kehendak-Mu

Engkau suruh aku membuat kebaikan
Setakat yang termampu aku membuatnya
Aku membuat setakat yang termampu adalah juga kehendak dan takdir dari-Mu
Tidak ada pun campur tanganku

Segala-galanya dari-Mu, terima kasih Tuhan
Aku patut bersyukur kepada-Mu
Engkau larang aku membuat maksiat
Sejauh yang termampu aku menjauhinya

Gerakan hatiku hendak meninggalkannya bukankah taqdir dari-Mu,
Engkau yang menggerakkan
Setakat yang termampu bukankah juga qadha dan qadar-Mu
Hakikatnya aku tidak ada usaha sekalipun sebesar habuk

Walaupun berusaha itu suruhan-Mu
Kalau begitu kalau ada pun sedikit kebaikan yang aku buat aku tidak boleh berbangga
Sepatutnya aku bersyukur kepada-Mu
jika kejahatan yang aku buat walaupun hakikatnya dari Engkau juga

Sebagai beradab biarlah aku mengaku bersalah,
memang hamba sifatnya bersalah
Engkau sebenarnya tidak menzalim,
Maha Suci Engkau
Mesti ada hikmah yang tersembunyi yang aku tidak tahu

Aku baik sangka dengan-Mu
Mungkin juga selepas berdosa aku memohon ampun kepada-Mu
Itulah yang Engkau mahu
Aku pun memohon ampun,
Engkau pun mengampunkan aku.

Wednesday, July 22, 2009

Minda 4: Konsep sebenar Solat Istikharah

Persoalan yang ditimbulkan oleh salah seorang pengunjung blog berkaitan Konsep pelaksanaan Solat Istikharah.
Solat istikharah biasanya dilakukan oleh mereka yang mempunyai dua atau lebih pilihan dalam membuat sebarang keputusan. Kebiasaan masyarakat islam Malaysia amnya, menjadikan solat Istikharah sebagai platform untuk memilih pasangan hidup semata-mata bila mempunyai beberapa pilihan. Sedangkan konsep pelaksanaan solat Istikharah amat luas dan bukan terbatas pada soal memilih jodoh sahaja.
Ketika seseorang ingin melakukan sesuatu maka digalakkan melakukan solat istikharah tidak kira apa jua masalah dan urusan. hal ini demikian setipa apa yang kita lakukan, petunjuk dan cetusan hati yang murni begitu penting dalam melakukan apa jua perkara. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t sahaja lah yang berkuasa memberi cetusan rasa dan gerak hati yang tepat dalam kita melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, Sebelum kita melakukan sesuatu seperti sebelum bermusafir, belajar, bermesyuarat dan lain-lain maka digalakkan melakukan solat Istikharah, secara tidak langsung kita semakin mendekatkan diri kepada Allah.
Terima Kasih.

Tuesday, July 21, 2009

Koleksi gambar Cikgu Saifudin



1. Gaya seorang jurugambar profesional


2. Pelajar 4 Nilam Sedang berforum di bawah bimbingan mentornya Cikgu Saifudin.


Monday, July 20, 2009

Minda 3:Kata Adverba dalam bahasa Melayu




Tatabahasa Dewan edisi ke-3 menampilkan elemen baharu memasukkan Kata Adverba. Sebelum Dewan Bahasa dan Pustaka menampilkan Kata Adverba dalam tatabahasa Dewan kali ini, Penulis telahpun didedahkan dengan Kata Adverba oleh guru penulis iaitu semasa di Universiti. "Kata Adverba perlu dijadikan sebahagian tatabahasa bahasa Melayu dalam konteks perkembangan bahasa Melayu di Malaysia" Saifuddin.


Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Perkataan yang tergolong dalam kata adverba termasuklah selalu, sentiasa, esok dan seringkali. Hal ini disebabkan masing-masing menerangkan situasi dalam ayat masing-masing.


Contoh ayat: kami selalu memperkatakan hal itu.

Cikgu Saifuddin itu sihat sentiasa.

Friday, July 17, 2009

Minda 2: Kaya Hati kaya yang hakiki


KAYA HATI KAYA YANG HAKIKI
"Sebenarnya kaya hati ialah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai di mana-mana dan dalam apa jua keadaan Orang yang kaya hati, kalau mereka kaya harta, ramai orang boleh menumpang dan mendapat manfaat dari kekayaannya. Fakir miskin terbela, orang susah dibantu, orang yang memerlukan diberi, dan orang yang berhutang diselesaikan hutangnya ." Orang yang kaya hati dikatakan juga kaya roh atau kaya jiwa. Manusia sibuk mencari kekayaan wang ringgit dan harta benda tetapi kurang berminat untuk mengkayakan hati, roh atau jiwa mereka. Sebenarnya kaya hati ialah kaya yang hakiki . Tidak ada lagi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai di mana-mana dan dalam apa jua keadaan. Orang yang kaya wang ringgit dan harta benda boleh jatuh miskin dan papa kedana bahkan boleh jatuh muflis atau bangkrap. Tetapi orang yang kaya hati akan tetap kaya selama-lamanya. Bagi orang yang kaya hati, ada harta atau tidak ada harta, ada kekayaan atau tidak ada kekayaan, sama sahaja padanya. Kaya atau miskin tidak menyusahkan hatinya dan tidak menggugat jiwanya. Sama ada dia dipuji atau dikeji, dimuliakan atau dihina, sama sahaja baginya. Dia tidak merasa bangga dan tidak pula berkecil hati atau cacat hatinya. Orang yang kaya hati, imannya kuat. Keyakinannya kental. Akhirat adalah matlamatnya . Dengan dunia ini, ada atau tidak ada, sama sahaja baginya. Bagi orang yang kaya hati, dunia ini suatu yang mudah. Dia merasa cukup dan puas dengan apa yang ada. Banyak atau sedikit serupa sahaja. Orang yang kaya hati merasa cukup dengan Tuhan. Dia merasa kaya dengan Tuhan. Kalau dunia dan harta ada di tangan, dia susah hati kerana ini bererti tanggungjawab yang berat terhadap agama dan masyarakat yang perlu dipikul. Dia takut kalau-kalau tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan. Kalau harta itu dapat diberi kepada orang yang memerlukan dan dapat dikorbankan ke jalan Allah, maka terhibur jiwanya dan lapang dadanya. Kalau ini tidak dapat dilakukan maka susah hatinya. Harta dan dunianya di tangan tetapi tidak di hati. Kalau dunia dan harta tidak dimiliki, senang hatinya kerana tanggungjawabnya ringan. Dia tenang dengan ujian dan kesusahan. Dia tidak digugat oleh hal-hal dunia yang menimpanya sama ada yang berbentuk nikmat dan kesenangan mahupun yang berbentuk ujian dan kesusahan. Dunianya tidak dapat melalaikannya dari Tuhan dan dari tanggungjawabnya. Orang yang kaya hati tidak merasa “inferiority complex” atau hina diri dengan orang kaya atau raja, orang cerdik pandai, orang yang berkuasa dan sebagainya. Dia memandang semua manusia semuanya setaraf sahaja. Pada dia, martabat manusia diukur mengikut iman dan taqwanya dan bukan dengan ukuran dunia. Orang yang kaya hati, kalau mereka kaya harta, ramai orang boleh menumpang dan mendapat manfaat dari kekayaannya. Dia tidak merasakan kekayaan itu miliknya dan oleh itu mudah baginya membelanjakannya. Fakir miskin terbela, orang susah dibantu, orang yang memerlukan diberi, dan orang yang berhutang diselesaikan hutangnya. Dia menjadi ‘bank’ kepada masyarakat. Benarlah bahawa kaya dan miskin itu istilah semata-mata yang berbeza maksudnya mengikut orang yang menuturkannya. Ada orang merasakan bahawa kaya itu mempunyai banyak harta kekayaan dan miskin itu tidak mempunyai apa-apa. Ada pula yang faham bahawa kaya itu tidak mahu dan tidak memerlukan apa-apa dan miskin itu bermakna memerlukan kepada sesuatu. Allah itu disebut Maha Kaya. Ini bermakna Allah tidak memerlukan kepada sesuatu apa pun. Allah Maha Kaya dari memerlukan sesuatu. Dengan definisi ini, kalau seseorang manusia itu hatinya sudah tidak terpikat dan tidak mahukan kekayaan dunia ini, maka kayalah dia walaupun dia tidak punyai apa-apa. Tetapi kalau seseorang manusia itu memiliki setengah dunia ini dan dia masih mahukan dan gilakan yang setengah lagi, maka dia tetap miskin kerana dia masih dalam keadaan memerlukan.

Monday, July 13, 2009

Hari anugerah

Bersama guru-guru Maktab rendah Sains Mara Kota Kinabalu

Saturday, July 11, 2009

Bertugas di MRSM Kota Kinabalu.


Gambar ini dirakam pertengahan tahun 2008. Bersama ayah, ibu, adik dan bapa saudara di lapangan terbang Sultan Mohamad ke iv. Tawaran bertugas di negeri bawah bayu tidak dilepaskan penulis. Kini, penulis bergelar pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu, Sabah. Mengajar di salah sebuah sekolah kluster dan elit menjadi impian semua guru...Syabas Saifudin!

Friday, July 10, 2009

Respon & Maklum balas pengunjung blog

Respon 1 (boxingkelate) : Berkenaan dengan gambar dan perkembangan terbaru saya, insyaAllah saya akan 'update' dari masa ke masa. Terima kasih atas pandangan anda.

Respon 2 (Pelajar MRSM KK) : Kepada semua pengunjung blog, terima kasih diucapkan atas kunjungan dan respon yang anda berikan. Teruskan bersama saya dalam the mind of cikgu saifudin.

Respon 3 (Dyana Andres) : Berkenaan dengan kenapa nama blog saya dinamakan sebagai the mind of saifudin. Persoalan yang ditmbulkan oleh anda memang tepat pada masanya. Terima kasih diucapkan. Sebenarnya penulis masih dalam proses penjenamaan semula blog ini berorientasi sepenuhnya penggunaan bahasa Melayu. Diharap pengunjung blog bersabar dalam menunggu kemunculan baharu blog saya pada masa akan datang.

Perkembangan terkini & gambar2 cikgu saifudin


Cikgu saifudin semasa membuat persembahan nasyid sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu Sabah.
12.03.09



Thursday, July 9, 2009

Biodata Cikgu Saifudin


Siapa Cikgu Saifudin?

Cikgu Saifudin…Mungkin satu nama baharu dalam dunia bloger tanah air. Namun, di sebalik riak wajahnya yang tenang itu terdapat sesuatu yang bermakna boleh dikongsi. Dengan rendah hati, penulis memaparkan di sini, biodata siapakah cikgu Saifudin secara eklusif buat anda semua.

Cikgu Ahmad Saifuddin b. Che Rosed dilahirkan di kampung Jeli, Kelantan pada 3.6.1981. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Jeli. Seterusnya meneruskan pengajian di Sek.men Agama Arab (Nahdatul Ulum Jeli), menamatkan persekolahan menengahnya di Sek.Men. Agama Arab (Al-Sabirin Ayer Lanas, Jeli). Pencapaian akademiknya semasa di sekolah menengah adalah boleh dikatakan pada tahap yang sederhana sahaja. Walau bagaimanapun, bersekolah di luar bandar dengan pencapaian setiap peperiksaan utama negara mendapat gred 1 adalah sesuatu yang boleh dibanggakan juga.

Pendidikan tinggi.

Cikgu Saifudin melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam jurusan Usuludin dan Falsafah. Pengkhususan dalam bidang dakwah dan kepimpinan menjadi pilihannya. Minat yang mendalam dalam pembangunan insan membuatkan cikgu saifudin begitu meminati bidang tersebut. Namun, setelah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, maka beliau telah membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut. Kerjaya sebagai guru menjadi pilihan.


Semasa Di Universiti

Bersambung…..

Minda 1: PSMI dimansuhkan 2011

Hari ini...Berita gembira buat pejuang-pejuang Bahasa Melayu seluruh negara ekoran dari langkah kerajaan memansuhkan sistem pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara. Penulis menyambut baik langkah ini, namun penulis merasakan bahawa masa yang begitu lama untuk kembali ke sistem yang lama. Mengapakah kita perlu menunggu begitu lama masa untuk memansuhkannya, sedangkan jika kita mahu mendaulatkan bahasa Melayu yang menjadi lingua franca di bumi bertuah ini, langkahnya perlu dimulakan dari sekarang.

Tuesday, July 7, 2009

Selamat datang ke blog saya.


Selamat datang...Sebuah laman yang memberi anda sesuatu yang penuh informasi dan intraktif yang menarik. Teruskan bersama saya dalam the mind of cikgu Saifudin