Thursday, July 9, 2009

Minda 1: PSMI dimansuhkan 2011

Hari ini...Berita gembira buat pejuang-pejuang Bahasa Melayu seluruh negara ekoran dari langkah kerajaan memansuhkan sistem pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara. Penulis menyambut baik langkah ini, namun penulis merasakan bahawa masa yang begitu lama untuk kembali ke sistem yang lama. Mengapakah kita perlu menunggu begitu lama masa untuk memansuhkannya, sedangkan jika kita mahu mendaulatkan bahasa Melayu yang menjadi lingua franca di bumi bertuah ini, langkahnya perlu dimulakan dari sekarang.

3 comments:

boksingkelate said...

sila muat naik gambar anda untuk tatapan penonton

Anonymous said...

ppsmi jugak byk faedahnya..
klo kat u nanti sains & matematik blaja dalam bi bkn bm..
x kan time 2 br nk terhegeh2 blaja bi??
nk martabatkan bhs melayu bkn saja dgn mansuhkan ppsmi semata2..
byk lg perlu diubah..
lg pon pd sy klo sains & math dlm bm 2 mrosakkan bhs sendiri gak..
tp tepulang la camne org nilai perkara ni..mcm lagu yg cikgu letak ni pon.."standing in the eyes of the world"??bhs rojak..
so bkn stakat ppsmi kan..
cetek sungguh..

Unknown said...

Saya rasa PSMI ini banyak juga kelebihannya. Anak anak kita didedahkan dengan bahsa Inggeris, bukan mengagungkan bahasa asing, tapi kita perlu belajar agar ia dapat membantu kita kelak.
Kadang kadang, budak budak masa belajar dapat straight A's, tapi bila masuk university, tak dapat nak continue good result, sebab masa tu baru nak belajar bahasa Inggeris, and ini akan dibawa semasa nak memasuki alam pekerjaan. Bila mereka tak confident-untuk bertutur dengan yakin semasa interview.
Sepatutnya pemansuhan bukanlah jalan yang terbaik,kita perlu memertabatkan bahasa Malaysia dalam masa yang sama, beri peluang pada anak anak untuk berbahasa Inggeris dengan baik. Dan saya tidak berapa setuju sukatan matapelajaran bahasa malaysia sekarang, begitu sukar bagi anak anak belajar, membuatkan mereka tidak suka. Sepatutnya cara pembelajaran tu mestilah menarik perhatian mereka dan senang untuk mereka fahami. dan saya rasa bukan tanggungjawab guru sekolah sahaja, ibu bapa dan pihak kerajaan juga perlu bekerjasama untuk merangka sistem pelajaran yang baik di Malaysia.