Friday, November 20, 2009

Anugerah Khas Tasawwur Islam MRSM KK 2009


Ceramah motivasi: Cinta menurut perspektif Islam.



Cikgu sedang menyampaikan ceramah.

Tempat: Surau Hidayah MRSM Kota Kinabalu 
Tarikh: 18 November 2009
Tajuk: Cinta menurut perspektif Islam


 

Monday, November 16, 2009

Percutian di Pulau Manukan. Sabah. November 2009



Pulau Manukan...Sebuah lagi Pulau yang cantik di Negeri bawah bayu. Pakej yang dimiliki Pulau Manukan dengan Pantai yang cantik, pemandangan yang indah dan anak-anak ikan yang berwarna warni membuat mata terpukau dengan keindahan ciptaan Tuhan yang Maha Agung. Apa yang saya boleh katakan, Percutian ke Pulau Manukan adalah satu pakej yang menarik dan pengalaman ini akan saya pahat dalam salah satu kepingan memori indah dalam hidup saya. Bagi anda yang belum lagi datang ke Pulau Manukan, Sabah...saya mencadangkan kepada anda datang dan melanconglah ke Pulau Manukan. Pasti senyuman akan terukir di wajah anda.

Cikgu sempat juga Snorkling.


Percutian di Pulau Manukan. Sabah.




This 51 acres boomerang shaped island is the second largest of the Tunku Abdul Rahman Park, Manukan has good stretches of beaches on the southern coastline. The best stretch is on the eastern tip of the island. There is a trail system around the island. Ideal for snorkelling, diving and swimming.
20 unit chalets, a clubhouse, restaurant, souvenirs and diving centres and recretional facilities, such as a swimming pool, football field, squash and tennis courts, and infrastructural support-water, electricity, desalination plant, sewerage system, and even a solar-powered public telephone are provided.

Saturday, October 10, 2009

Makanan Jiwa

Kasih sayang fitrah semulajadi manusia, makanan jiwa...penyubur jiwa, penceria muka..sangat diperlukan oleh setiap hati insan...setiap orang tidak kira kedudukan sangat perlukan makanan kasih sayang...suami dan isteri, anak-anak, ibu ayah, guru dan murid, makanan jiwa sangat diperlukan...kerana makanan jiwa seperti makanan kasih sayang sahaja yang mampu membuat orang tersenyum bahagia.

Tuesday, October 6, 2009

Bantulah Aku Tuhan

Bersama ibu, ayah dan abang Wan...Ayahku...'Pengarah pertama Universiti kehidupanku'...didikanmu penuh falsafah yang tersendiri...Tidak terhingga jasamu kepadaku, tidak terucap dengan kata-kata... Terima kasih Ayah.


Bantulah Aku Tuhan

Tuhan…Telah aku lawan nafsuku setiap waktu

Kucuba berkali-kali kugagal lagi

Aku tak putus asa kulawan lagi

Namun aku tak mampu


Oh Tuhan bantulah aku

Mudahkan aku, melawan nafsu ini

Yang merosakkanku

Agarku tidak terhalang menujuMu


Tolonglah aku Tuhan

Kasihanilah aku

Jangan biarkan aku

Tuhan bantulah aku

Kasihani aku, jangan biarkanku

Bantulah aku selalu


Aku tak putus asa

Kutetap melawan nafsuku ini

dengan mengharap

Bantuan dariMu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku

Kuakan berterusan dalam dosa


Syaitan dan nafsu sering menggangu aku

Setiap hari memusuhi aku

Ketika kuingin mentaatiMu

Ketika kuingin menghampiriMu

Ketika kuingin mendampingiMu


Jangan biarkan aku keseorangan

Mengahadapi syaitan dan nafsuku

Kuingin mentaatiMu dan ingin redhaMu

Kalau Kau biarkanku

Kuakan kecewa nanti


Tuhan..kuakan terus mencuba lagi…melawan nafsuku.

Dalam sembahyang ini, kuharapkanMu

Berikan kepadaku Cinta dan TakutkanMu

Sebagai benteng melawan nafsuku.

Friday, October 2, 2009

Mutiara mindaku


'Bagaimanalah aku hendak melupakan zat yang Maha Suci...yang kuasaNya tidak pernah satu detik terlepas dariku yang sentiasa mengetahui berterusan setiap gerakan jantungku, Dia sentiasa melihat tindakan batinku,mendengar setiap waktu dan detik, kehendak-kehendakNya ke atasku pasti berlaku, sama ada aku setuju atau tidak setuju'

Terlepas penerbangan ke Kuala Lumpur hari jumaat lepas. Kehendak Tuhan ke atasku pasti berlaku...ada hikmahnya.

Tuesday, September 29, 2009

Tuhan adalah segala-galanya (2)


Nikmat yang Tuhan kurniakan kepada hambanNya tidak terhitung banyaknya. Sebagai hamba kita hendaklah sentiasa bersyukur. Sekadar gambar hiasan.



Sebagai usaha untuk kita hamba merasai kehambaan marilah kita sama-sama seringkali ingat akan hakikat hidup kita ini tetap tidak terlepas dari kekuasaan Allah swt.

1. Setiap manusia ada cita-cita, kemahuan dan keinginan. Lazimnya untuk mencapai cita-cita itu manusia akan berusaha. Maka berjaya atau berhasil mencapai cita-cita atau keinginan. Hendaklah benar-benar ingat serta rasai bahawa itu semua adalah kurniaan dan anugerah Allah swt. Usaha dengan kerahan tenaga, kegigihan, bersungguh-sungguh termasuk dengan akal fikiran, itu juga adalah pemberian Allah swt. Kejayaan itu adalah dengan izin Allah swt yang sudah ditentukan semenjak azali. Tidak bergerak dan tidak diam sesuatu itu malainkan dengan izin Allah swt. Berterima kasihlah kepada Allah yang maha baik.

2. Semua manusia ada cita-cita, keinginan dan kemahuan. Maka manusia pun berusaha. Ramai yang gagal mencapai cita-cita. Ingatlah bahawa semua itu adalah dengan kehendak Allah swt. Manusia ada kehendak, Allah swt ada kehendak, kehendak Allah jua yang berlaku. Rasakan bahawa betapa lemah dan tiada kuasanya manusia. Kalau kita ada kuasa tentulah segala kehendak dan kemahuan kita itu akan diperolehi bahkan dengan mudah. Kita kena melihat kepelbagaian ragam dan corak dalam kehidupan manusia supaya kita dapat merasakan bahawa kepelbagaian itu semua adalah bukti kekuasaan Allah swt. Adalah amat silap apabila berjaya dikatakan sebab usaha dan keupayaan diri. Apabila gagal dikatakan takdir Tuhan. Ini yang sering difahami oleh manusia. Hakikatnya memang semua dari Tuhan, tetap dari segi adabnya setiap kejayaan disandarkan kepada Tuhan dan apabila gagal maka disandarkan kepada kelemahan diri. Baginilah sikap para hamba yang beradab dan berakhlak kepada Tuhan. Disebalik kegagalan itu terhimpun berbagai hikmah dan pengajaran. Ada maksud baik dari Tuhan, hanya kita para hamba yang akal amat terbatas, maka tidak memahami maksud baik Allah swt itu.

3. Manusia ada cita-cita dan kemahuan, maka diuasahakan. Namun apa yang sering berlaku, lain yang dicita-citakan lain pula yang diperolehi. Rasakan bahawa begitulah sukatan Tuhan keatas kita dalam aspek kehidupan. Terimalah seadanya kerana begitulah yang Tuhan kehendaki untuk kita. Situasi begini semua manusia kena terima dan tidak dapat dielakan. Hikmah besar disebaliknya ialah agar para hamba dapat merasakan bahawa Tuhan boleh berbuat apa saja menurut apa yang Tuhan kehendaki. Seluruh alam semesta ini asalnya dari tiada, kemudia Tuhan adakan. Apakah setelah Allah swt adakan maka Allah swt berlepas tangan? Tidak gerak dan tidak diam sesuatu itu melainkan dengan izin Allah swt.

4. Banyak perkara yang manusia tidak mahu berlaku dalam hidupnya seperti penyakit, susah, bencana dan lain-lain. Maka diusaha menghindarinya. Kalau berjaya rasakan bahawa Allah swt yang memberi bekas dan memberi kejayaan, bersyukurlah kepada Allah yang mentadbir tiap-tiap sesuatu.

5. Banyak perkara yang dibenci, yang kita tidak mahu terjadi dalam hidup. Setelah diusahakan, namun terjadi juga. Maka rasakan bahawa disebalik semua itu ada maksud baik dari Tuhan, banyak hikmah dan pengajaran. Sekurang-kurangnya untuk kita insaf dan sedar serta bersungguh-sungguh kembali kepada Tuhan. Dalam sebuah hadis Qudsi ada firman Allah yang disabdakan oleh Rasulullah saw bermaksud, “ Apabila seorang hamba itu tercatit namanya satu darjat dalam syurga. Hamba itu tidak berupaya mencapainya dengan amalan. Maka Tuhan datangkan ujian yang dengan itu dia bersabar. Maka kekal namanya dalam syurga itu.” Itu kalau satu darjat, betapalah kalau Tuhan letakan pada darjat yang lebih tinggi. Sebab itu ujian kepada manusia ini sangat terletak pada taraf keimanan seseorang. Semakin tinggi taraf iman seseorang maka semakin beratlah ujian. Sebab itu Tuhan datangkan ujian paling berat adalah terhadap para Rasul. Dikalangan Rasu-Rasul pula yang paling berat adalah Baginda Nabi Muhammad saw.

Rasulullah juga ada menyebut dengan maksud, “Tidaklah seseorang itu tertusuk selumbar melainkan untuk Allah hapuskan dosanya.” Manakala itu dalam hadis yang lain Rasulullah saw mengingatkan bahawa akibat dosalah maka Tuhan datangkan kesusahan hidup terutamanya kesempitan rezeki. “Tidaklah Allah tahan rezeki seseorang itu dari atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang melainkan atas sebab dosa yang dilakukannya.” Kalau ini berlaku kepada kita maka banyakkanlah bertaubat.

6. Banyak perkara yang berlaku kepada manusia samada berbentuk positif mahu pun yang negatif adalah perkara yang manusia tidak pernah terfikir atau terlintas. Ini lebih lagi kita kena merasakan betapa Allah swt itu maha berkuasa. Setiap hari berbagai perkara dan peristiwa yang kita tidak terlintas akan berlaku. Dapatkah kita menolaknya kalau sesuatu itu sifatnya yang kita tidak mahu? Cubalah renungkan. Semua itu terjadi maksud Tuhan yang paling utama ialah agar manusia kembali kepada Tuhan.

Andainya semua enam aspek ini dapat dihayati maka semakin hampirlah seoarang hamba itu mendapat kebahagiaan syurga yang disegerakan. Kerana dia adalah orang yang merasakan Tuhan segala-segalanya. Mendapat Tuhan ertinya mendapat segala-galanya. Kehilangan Tuhan ertinya kehilangan segala-galanya. Orang yang kehilangan Tuhan dalam keadaan senang pun tidak terhubung hatinya dengan Allah swt bahkan kadang-kadang derhaka kepada Tuhan. Dalam kedudukan kaya, berkuasa, cerdik, tidak merasakan semuanya adalah milik Tuhan. Dalam keadaan susah, menderita, menjadi rakyat jelata pun terputus juga dari Tuhan, tidak sabar, tidak redha dan terus melupai Allah swt.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilifitri


Salam...kepada semua pengunjung blog saya, ibu-bapaku yang amat disayangi, guru-guru, sahabat, saudara mara, anak-anak muridku dan sesiapa sahaja yang mengenali diri saya, saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Ampun maaf dipinta, pastinya ada silap dan salah daripada saya, sebagai mansusia biasa, sesungguhnya tidak dapat lari daripada salah dan silap.

Saturday, September 19, 2009

Tuhan adalah segala-segalanya (1)

Menziarahi kubur nenek pada pagi hari raya

Salam, sudah beberapa hari rasanya ‘entry’ ini tidak diisi dengan pengisian rohani. Kesibukan dengan kerja-kerja di maktab tambahan lagi dengan persiapan menyambut hari raya aidilifitri, balik kampung dan aktiviti di bulan Ramadan.


Kali ini, saya kembali lagi dengan bicara ‘rasa’. Segala apa yang bakal dikongsi ini adalah hasil curahan ilmu oleh guru saya yang banyak memberi kesan dalam kehidupan saya. Semasa saya di sekolah menengah, saya banyak didik olehnya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepadanya. Beliau sekarang dikhabarkan dalam keadaan yang kurang sihat. Semasa ayah dan ibu saya melawatnya, senyuman tetap terukir di wajahnya walaupun dalam keadaan sakit. Itulah sebahagian sikapnya, perbuatannya adalah medium utama dalam menyampaikan dakwah.


Inilah antara mutiara ilmu yang dicurahkan oleh beliau yang boleh dikongsi bersama, semoga kedatangan syawal pada kali ini membawa perubahan kepada diri kita. Ramadan yang bakal meninggalkan kita telah membawa kesan dalam jiwa kita sehingga kita akhirnya mengenal diri kita sebagai seorang HAMBA.

1. Memiliki rasa kehambaan secara automatik akan turut memiliki rasa bertuhan dan bagitulah sebaliknya.. Rasa kehambaan ertinya hati sentiasa dikuasai oleh rasa atau perasaan yang selayaknya bagi seorang hamba.Seorang hamba selayaknya merasai hina, lemah, dhaif, berdosa, bersalah, takut, bimbang, cemas, mengharap, rasa dikuasai, rasa menyerah, rasa dilihat dan diketahui oleh Allah swt.

2. Memiliki rasa kehambaan ini adalah salah satu rahsia kebahagiaan hidup. Ini kerana perasaan tenang, tenteram, tidak terganggu dan tidak tergugat oleh apa pun dalam hidupnya. Semuanya tenggelam dalam takut dan cinta kepada Allah swt. Yakni tiada apa lagi yang ditakutinya kerana semuanya sudah tenggelam dibawah takutkan Allah swt. Perasaan takut kepada yang lain itu tidak lebih hanyalah takut yang bersifat fitrah yang tidak akan sampai mengatasi takutkan Tuhan. Begitu juga tiada apa yang dicintainya kerana semuanya sudah tenggelam dibawah cintakan Allah swt. Perasaan cinta kepada yang lain itu hanyalah cinta fitrah yang tidak sampai mengatasi cintanya kepada Allah swt.

3. Bukan mudah untuk memiliki rasa kehambaan kepada Tuhan. Rata-rata kita menempuh pendidikan formal atau informal yang mendorong atau merangsang atau menyuburkan sifat dan sikap angkuh, sombong, takbur, membesarkan diri, hairan dan ajaibkan diri, kagum kepada diri, degil, ego dan mementingkan diri. Inilah sifat iblis yang Tuhan lemparkan laknat kepadanya. Bukan mudah untuk mengikis sifat dan sikap iblis ini. Lantaran itulah manusia bukan sahaja sanggup menzalimi sesama manusia, bahkan terhadap Allah swt pun manusia sanggup derhaka. Sebab itu kalau kita lihat mana-mana manusia kalau terhadap Tuhan yang Maha Berkuasa yang sepatutnya ditakuti, pun sanggup dia derhaka, agak-agaknya apakah orang begini takut dengan manusia dan undang-undang manusia. Melainkan selagi ada cara untuk lepas dan bebas nescaya akan dilakukannya.

Bersambung....


Friday, September 11, 2009

Adakah anda seorang gentleman?

'A Malay Gentleman ialah lelaki Melayu yang terdidik dalam kesusilaan, Melayu yang halus, yang sensitif terhadap nilai-nilai murni universal, tahu malu, bersih dan bijak menjaga kehormatan'-Sekadar gambar hiasan.



1. Lelaki gentleman seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tahu apa matlamat hidup yang ingin dicapai dan dia bersemangat bagi merealisasikan impiannya.

2. Dia banyak bertimbang rasa dengan orang lain.

3. Dia pandai menyesuaikan diri dalam banyak keadaan.
4. Salah satu peribadi gentleman adalah apabila dia diperlakukan dengan buruk, dia membalas dengan berbuat baik, dan bukan dengan membalas keburukan itu.
5. Lelaki gentleman lebih banyak senyap daripada bercakap.
6. Wanita mudah percaya dan tertarik kepada lelaki yang berpakaian kemas.
7. Seorang lelaki tidak serius dalam hidupnya selagi dia tidak suka memakai baju masuk dalam (tuck in) dan bertali leher.
8. Lelaki gentleman sentiasa mengucapkan terima kasih kepada sesiapapun bagi menyampaikan rasa penghargaan.
9. Gentleman mampu menjadikan hati wanita cair apabila berhadapan dengannya.
10. Lelaki gentleman menggunakan sifat yakin dirinya apabila berhadapan dengan wanita.
11. Lelaki gentleman sentiasa memandang muka wanita semasa wanita itu bercakap kepadanya atau sewaktu lelaki sendiri sedang bercakap kepada wanita.
12. Lelaki gentleman adalah lelaki yang pandai membelai jiwa wanita dan faham keperluan wanita secara kejiwaannya.
13. Lelaki gentleman bukan seorang pemalu. Malunya ditempatkan pada dua perkara sahaja iaitu pada melakukan perbuatan maksiat dan mendedahkan dia kepada jatuhnya maruah diri.
14. Lelaki gentleman dikagumi kerana sifat gentleman yang yakin dan tidak pemalu.
15. Lelaki gentleman menggunakan gaya bercakap yang dinamik dan sangat meyakinkan. Mereka bercakap dengan lancar, tidak tersekat-sekat dan tidak teragak-agak. Bahasa mereka betul nahunya, tidak patah-patah dan tidak bercampur aduk dengan bahasa-bahasa lain. Sebutan mereka juga terang dan jelas.
16. Lelaki gentleman tidak berpeluk tubuh semasa bercakap dengan orang lain. Berpeluk tubuh menandakan seseorang itu bersikap defensif.
17. Lelaki gentleman yang berpenampilan menarik mempunyai peluang yang lebih baik untuk menarik perhatian wanita.
18. Memulakan langkah pertama. Anda bukan lelaki gentleman jika anda membiarkan wanita yang memulakan perbualan dan mengatur pertemuan.
19. Melayan semua wanita seperti ‘ratu cantik’ walaupun anda tidak menganggapnya sebagai teman istimewa. Jika seorang wanita rasa dirinya istimewa di mata anda, dia akan memberi komen yang positif mengenai anda pada rakan-rakan wanitanya.
20. Belanja makan pada pertemuan pertama. Bukannya wanita tidak mampu tetapi jika anda membiarkan wanita mengeluarkan wang pada pertemuan pertama, ini menunjukkan anda tidak berkemampuan ‘menjaganya’ kelak.
21. Yakinkan diri anda mempunyai sifat lelaki gentleman yang diidamkan oleh semua wanita.
22. Gunakan sifat-sifat maskulin anda seperti membukakan pintu, menawarkan diri untuk menghantarnya pulang, membantunya mengangkat benda-benda berat dan lain-lain lagi. Sifat ini akan memberikan rasa selamat pada diri seorang wanita dan membuatnya rasa dilindungi.
23. Wanita melihat kemampuan kewangan, fizikal dan mental seorang lelaki sebagai potensi teman hidup. Anda harus faham fitrah wanita mahu dirinya dijaga, dilindungi dan masa depannya terjaga. Mereka mahukan jaminan bahawa anda adalah tempatnya bergantung jiwa dan raga. Jika mereka melihat anda tidak tegas membuat keputusan mengenai perkara-perkara kecil, mereka mungkin berpendapat anda juga tidak tegas apabila berumah tangga. Sama seperti kewangan, wanita mesti diberi jaminan bahawa anda mampu menjaganya. Oeh itu anda harus ingat, kemampuan anda menjaga seorang wanita diukur melalui aspek anda membuat keputusan, kedudukan kewangan dan fizikal anda sebagai lelaki.
24. Janji temu adalah mengenai situasi lelaki dan wanita memainkan peranan maskulin dan feminin masing-masing. Gentleman mesti memberi sepenuh perhatian pada wanita semasa membuat janji temu. Tunjukkan bahawa anda mempunyai sifat-sifat lelaki sejati: penjaga, pemimpin, tempat wanita mencurah kasih sayang. (Perasaan romantis wujud apabila ada sifat maskulin dan feminin dalam sesuatu pertemuan. Sifat feminin adalah sifat menerima manakala sifat maskulin adalah keupayaan memberi dan menjaga)


sumber: greateacheraja.blogspot.com

Monday, September 7, 2009

Seminar pengucapan awam dan protokol UPSI


Cikgu Saifudin semasa menjadi penceramah seminar pengucapan awam dan protokol anjuran Unit Bimbingan dan kaunseling UPSI 2007.

Friday, September 4, 2009

Milik siapa kejayaan?

Prof. Di Raja Ungku Aziz. Ikon Kejayaan rakyat Malaysia.
Ramai manusia yang inginkan kejayaan. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan kejayaan yang sebenarnya? ramai yang beranggapan bahawa kebanyakan graduan yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah atau Universiti adalah mereka yang berjaya, atau akan berjaya.


1. Saya ingin memberi gambaran perkaitan IQ dengan kejayaan. Mereka yang cemerlang IQ atau cemerlang atas kertas pepriksaan belum tentu lagi mereka akan berjaya dalam kehidupan, berjaya dalam apa yang dilakukan. Mengikut sebuah kajian, manusia yang paling tinggi IQnya di dunia yang pernah dicatatkan pada satu masa dahulu ialah Mariln Mach Vost Savant. Seorang perempuan!. Minat yang mendalam dalam bidang penulisan, Mariln telah menceburkan diri dalam bidang penulisan.


2. Seorang lagi nama yang cukup dikenali di dunia, iaitu Dr. Robert Jarick dalam bidang perubatan. Beliaulah yang mencipta jantung tiruan yang memberi impak yang positif dalam bidang perubatan. Apa yang membezakan Dr. Robert dengan Mariln?


3. Cerita Dr. Robert sebelum menjadi terkenal cukup diselimuti dengan cerita-cerita sedih, beliau gagal dalam semua ujian masuk fakulti-fakulti perubatan di Amerika. Selepas kegagalan itu, Dr.Robert memohon masuk ke Universiti Itali dalam bidang perubatan, barulah diterima. Berdasarkan cerita ini, saya berani katakan bahawa Robert sebelum menjadi 'Dr. Robert' adalah seorang yang biasa sahaja IQnya pada peringkat sekolah menengah dan Universiti. Namun, Dr. Robert akhirnya lebih berjaya daripada Mariln Mach Vost! Dr. Robert berjaya memberi hadiahyang bermakna buat mereka yang mengidap kompilasi jantung di seluruh dunia!.


4. Apa yang saya nampak perbezaan Dr. Robert dengan Mariln adalah dari segi sikap, kreatif dan berani gagal dalam diri Dr Robert. Oleh itu, kejayaan sebenar seseorang itu tidak boleh dinilai daripada aspek IQ semata-semata. Berapa ramai di luar sana, dalam pemerhatian saya, mereka yang cemerlang di Universiti tidak mampu cemerlang dalam dunia kerjaya, bahkan tidak mampu mencari perkerjaan, bahkan lebih memalukan tidak mampu berdikari! Kejayaaan perlu dilihat bagaimana seseorang itu dapat membawa perubahan yang bernilai buat diri, keluarga da masyarakat.

Tuesday, September 1, 2009

Motivasi pada bulan Ramadan

Motivasi dan ibadah puasa.

Motivasi bermaksud sesuatu yang menggerak dan membangkitkan tenaga seseorang dalam melakukan sesuatu yang positif. Seseorang yang mempunyai motivasi dalam hidupnya tidak kira apa pun yang dilakukan, kita akan dapat lihat aura tenaga dan semangatnya yang berkobar-kobar dalam mengejar cita-cita. Ibadah puasa juga ada hubung kait dengan motivasi seseorang...dalam pandangan saya motivasi dalam ibadah puasa ada kaitan dengan hati dan niat seseorang.

1. Manusia sememangnya memerlukan motivasi dalam hidup. Sebagai contoh, Perkara paling asas yang saya nampak adalah rutin harian kita iaitu makan!. Kenapa kita makan?, bila kita lapar, perut akan menghantar isyarat ke otak, lalu otak akan mentafsir dan menggerakkan anggota lain untuk mencari makanan…motifnya adalah kenyang. Hal inilah yang menunjukkan kepada kita bahawa motivasi dalam diri akan menggerakkan jasad kita melakukan apa yang menjadi motif kita. Persoalannya, jika dilihat dari sudut makan, kenapa di bulan puasa manusia lapar juga, tetapi tetap tidak makan sehingga sampai waktu berbuka, adakah orang Islam tidak bermotivasi?. Dalam konteks ini, motivasi dalam dirilah yang membuatkan seseorang itu tetap berpuasa kerana menurut perintah Allah s.w.t, mengharapkan ganjaran pahala dan keredaan daripada Allah s.w.t. Motivasi ini saya namakan sebagai ‘Motivasi Agama’.
2. Apakah yang menjadi pendorong kita berpuasa? Kerana takutkan Allah dan taat perintah Allah dan yang paling utama kerana kita hamba.Maka seseorang yang bermotivasi dalam konteks ini, diberi pengampunan oleh Allah s.w.t dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t. Namun, ada juga orang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa, hanya mendapat lapar dan dahaga. Orang yang sebegini, sememangnya bermotivasi juga dalam berpuasa, sehingga mampu menahan diri daripada makan dan minum, namun mereka berpuasa bukan kerana Allah s.w.t. Mereka ada motivasi untuk berpuasa kerana malu kepada manusia, takut orang nampak tidak berpuasa, malu kepada kekasih, malu kepada kawan, keluarga dan masyarkat.

3. Oleh itu, dalam kita berpuasa kita perlu jadikan keredaan Allah s.w.t sebagai motivasi yang utama pada bulan Ramadan agar ibadah puasa kita mendapat pahala dan keredaan Allah s.w.t.

Sampai jumpa lagi dalam siri ‘minda motivasi’ yang lain.

Terima Kasih.

Sunday, August 30, 2009

Kemerdekaan: pada pandangan anda?...

1. Wajah-wajah kebanggaan negara kita.


1. Setelah 52 tahun bebas daripada cengkaman penjajah, Malaysia terus membangun dengan pesatnya..


2. Bapa kemerdekaan kita.

1. Alhamdulillah.. Esok...Kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-52. Maka ramailah dalam kalangan ahli politik, ahli akademik, pendakwah, aktivis masyarakat, bloger dan lain-lain masing-masing menzahirkan pendapat dan pandangan tentang erti kemerdekaan daripada perspektif tersendiri.

2. Sebagai warganegara yang cinta akan tanah air, Saya menjemput anda semua mengemukakan pandangan anda, bual bicara tentang erti kemerdekaan di 'post coment' .

Saturday, August 29, 2009

Kasih sayang- kunci kebahagiaan dan keamanan

Kasih sayang dalam keluarga dituntut dalam Islam. (Cikgu saifudin bersama keluarga tersayang)


Salam…sejak akhir-akhir ini mindaku lebih suka berberbicara, soal ‘cinta dan kasih sayang’. Hal ini kerana sememangnya menjadi impianku ingin melihat semua orang di sekelilingku khususnya,berkasih sayang sesama saudara, sahabat dengan sahabat, anak-anak muridku dengan guru-gurunya, guru-guru sesama guru, dan yang paling utama berkasih sayang dengan Allah s.w.t.


Komuniti yang berkasih sayang sesama mereka akan mewujudkan suasana yang bahagia, Kasih sayang kunci kebahagiaan, ketenangan dan keamanan, saya tekankan sekali lagi ‘kebahagiaan’. Adakah kita tidak mahu kebahagiaan?..(saya belanja anda makan KFC, jika anda tidak mahu kebahagiaan dalam hidup).

Hal ini membuktikan kepada kita semua bahawa kebahagiaan itu adalah fitrah. Sudah menjadi fitrah manusia inginkan kebahagiaan, bila kebahagiaan sudah tiada, maka manusia akan resah, gelisah, ‘tension’, marah-marah. Persoalannya, bagaimanakah ketenangan dan kebahagiaan hendak diwujudkan dalam jiwa?


Sekali lagi saya nyatakan, sebagai hamba Allah, kita seharusnya mempunyai ‘rasa’ kehambaan dan rasa bertuhan dalam hati. Mengapakah saya selalu tekankan rasa kehambaan ini, sama ada dalam siri tazkirah saya di surau Hidayah MRSM KK, dalam blog, juga percakapan harian…pentingnya rasa bertuhan ini adalah rasa bertuhan dalam diri akan menjadikan manusia berwatak hamba, tiada lagi ego, suka marah-marah, buruk sangka, benci membenci sesama saudara, rasa diri saja yang bagus orang lain tidak bagus, rasa diri sendiri yang sempurna, semua rasa ini bukan rasa dari rasa kehambaan, rasa-rasa ini semua adalah rasa tuan, tidakkah sifat tuan itu hanyalah Allah sahaja yang layak?



Kesan rasa kehambaan pada kebahagiaan manusia


Manusia yang tidak lagi rasa bertuhan dan hamba, mereka akan bertindak mengikut nafsu semata-mata, tidak kira dosa dan pahala, nafsu haiwan disuburkan, cinta akan dunia disuburkan dalam diri, kedua-dua ini adalah pembunuh jiwa!...apabila jiwa mati dan rosak, maka hilanglah ketenangan dan kebahagiaan, Allah akan cabut ketenangan dan kebahagiaan dalam hati.


Saya melihat dunia hari ini, ramai manusia yang kecewa dan putus asa, hilang kebahagiaan dalam kelurga, pelajar hilang kebahagiaan dalam sekolah, (sekolah dah nak buka..alamak tensionnya!!!), bertemu satu sama lain rasa tegang sahaja, rasa benci sahaja, rasa hendak tumbuk sahaja, menjeling-jeling mata menjadi budaya, aduh…sedarlah manusia. Manusia pada hari ini sudah bingung, semacam tidak tahu lagi hendak berubat macam mana…sesi kaunseling dengan kaunselor terlatih, yang hebat bercakap dalam media sekalipun tidak mampu lagi merubah penyakit berbahaya manusia ini, penyakit TB (tidak bahagia) ini sebenarnya lebih bahaya daripada H1N1. Keadaan manusia yang dapat penyakit TB (tidak bahagia) ini akan jadi semacam orang gila walaupun tidak gila. Mereka bercakap sendirian, mundar mandir mencari bahagia, mendengar lagu-lagu untuk bahagia, menghisap rokok untuk bahagia, aduhai manusia.Kenapa semua ini berlaku? Jawapannya manusia sudah hilang ketenangan dan kebahgiaan, manusia sudah hilang arah tuju sebenar dalam hidup.Manusia sudah tidak sedar punca kebahagiaan adalah kembali kepadaNya.


Kasih sayang! Ya…itulah kuncinya…bila manusia mula cinta dan sayang akan Allah s.w.t, maka kesannya akan nampak dalam perhubungan manusia. Manusia akan jadi lemah lembut dalam berbicara, tegur menegur, nasihat menasihati secara berhikmah, masing-masing faham tanggungjawab terhadap Allah s.w.t, tanggungjawab sebagai pelajar,faham tanggungjawab sebagai pendidik, tanggungjawab sebagai anggota masyarakat, Anak-anak sayang akan ibu ayahnya, tahu dan sedar tanggungjawab terhadap ibu bapa, anak-anak murid sayang akan gurunya, guru-guru mendidik anak muridnya dengan penuh berhikmah, senyum sentiasa terukir di bibir, bertegur sapa menjadi budaya. Tidakkah kita mahukan semua ini? Sekali saya nyatakan (saya akan belanja anda makan KFC kalau anda tidak mahu semua ini dalam hidup anda).


Sekian terima kasih. 7 pagi. RKW, MRSM KK.

Thursday, August 27, 2009

Cinta dan persoalannya-Vol II


Alhamdulillah…setelah siri artikel saya tentang ‘CINTA’ vol 1 diterbitkan dalam wadah ini, saya banyak mendapat respon daripada pengunjung blog…sama ada secara online atau di luar blog. Terima kasih atas respon dan pandangan anda. Justeru, dengan sambutan yang baik ini, saya terbitkan ‘Cinta dan persoalannya vol II’ seperti apa ynag dijanjikan.. Semoga dengan ‘post’ saya kali ini akan memberi ‘power cinta’ kepada kita yang menggerak jiwa dan fizikal kita dalam menuju cintaNya. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘power cinta’?...saya analogikan dalam beberapa situasi...

1. Cinta guru dengan pelajar?


Tuhan yang maha kuasa mencampakkan rasa kasih sayang seorang sahabat dengan sahabatnya…saudara dengan saudara, bahkan jangan terkejut, jika dalam diri pelajar juga Allah s.w.t campakkan rasa kasih dan sayang kepada gurunya. Kenapa hal ini berlaku?...ya..bila seseorang guru mendidik anak muridnya dari hati…mendidik pelajar-pelajarnya dengan kasih sayang, penuh berhikmah, mengharapkan anak didiknya mendapat ilmu sehingga timbul cinta dan takutkan Allah, maka tidak salah bila pelajar-pelajarnya jatuh kasih dan jatuh sayang pada gurunya kerana Tuhan telah mencampakkan ‘rasa’ dalam hatinya, rasa hormat, kasih dan sayang pada gurunya, guru yang mengajar, mendidik dan membimbing pelajar menuju cintaNya. Sumber cinta yang suci ini adalah daripada Tuhan yang maha Penyayang. Persoalannya, kasih sayang yang murni dan profesional ini mungkin akan membawa ke satu tahap yang dikatakan ‘cinta kontemporari'. Dalam pemerhatian saya, ramai juga dalam kalangan pelajar-pelajar kita di luar sana yang berkahwin dengan gurunya sendiri selepas tamat sekolah atau pengajian sama ada di peringkat sekolah atau universiti…salahkah?, ganjilkah?, pelikkah?..maka jawapannya… tidak salah bila kena cara, profesional hubungan dan murni kerana Allah. Namun begitu, dalam konteks dunia pendidikan hari ini, perlu diberi perhatian di sini, menjadi satu kesalahan dari segi etika dan profesionalisme guru bila seseorang guru itu ada hubungan cinta dengan pelajarnya semasa pelajarnya masih bergelar pelajar secara rasmi di sekolah. Namun, setelah pelajarnya menamatkan pengajian, maka hal demikian perlu dilihat dari aspek yang lain pula. Cuma, apa yang ingin ditekankan di sini oleh saya adalah cinta dalam konsep yang sebenarnya menurut perspektif islam. Persoalan lagi…dari manakah puncanya perasaan yang hebat ini? yang membuatkan manusia boleh jatuh cinta kepada seseorang walau dalam banyak keadaan yang tidak dijangka?

Maka jawapannya...Sumber utama ‘Power cinta’ ini adalah daripada 'Tuhan' dan 'siraman kasih sayang'.

Cuba kita lihat diri kita sendiri...sebelum ini kita tiada di muka bumi ini. Bermulanya seorang lelaki suka kepada seorang wanita maka timbul cinta antara keduanya dan akhirnya manusia berkahwin. Daripada perkahwinan maka lahirlah zuriat, lahirlah kita ke dunia ini. Bagaimanakah terjadinya kuasa yang menakjubkan ini? kuasa siapakah yang hebat ini, yang mencampakkan benih kasih sayang dalam hati manusia..inilah kuasa yang maha kuasa..Allah s.w.t. Hal ini menggambarkan maha hebatnya kuasa yang mencampakkan benih kasih sayang dalam diri manusia...Tuhan yang Maha Agung..Allah s.w.t.

2. Kenapa cinta boleh datang dan pergi?

Ya..cinta boleh datang dan pergi. Kadang-kadang cinta hanya singgah sekejap sahaja, lalu terus pergi tak kembali. Ada juga cinta yang bertahan lama hingga ke akhir hayat bahkan sampai ke akhirat. Hal demikian menggambarkan kepada kita beberapa 'sifat' cinta yang perlu kita sedari. Bila manusia sudah memutuskan hubungannya dengan Allah s.w.t..bila masing-masing mempunyai kepentingan sendiri, ego yang membuak-buak, tidak lagi rasa di hati takut dan gerun kepada yang maha mencipta cinta, maka Allah s.w.t akan mencabut sedikit demi sedikti kuasa cinta dalam hati manusia. Maka berlakulah pertelingkahan, pergaduhan, perselisihan faham, konflik rumahtangga, konflik bersahabat, konflik suami isteri, konflik anak-anak dengan ibu-bapa hingga membawa perceraian, permusuhan dan sebagainya. Oleh itu, cinta yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia perlulah disuburkan dengan baja keimanan dan ketakwaan yang bertunjangkan masing-masing cinta akan Allah s.w.t dahulu. Manusia yang cinta akan keluarganya kerana Allah, cinta akan isteri kerana Allah, cinta akan suami kerana Allah, sayang akan anak-anak kerana Allah akan mempunyai peribadi yang baik, masing-masing begitu menjaga hubungannya dengan Allah s.w.t sehinggakan Allah s.w.t memberi keberkatan dalam hidupnya...seseorang yang cinta akan Allah s.w.t akan mempunyai sifat yang terpuji, mahmudahnya dapat dilihat dari riak wajahnya, dari perangainya yang sabar, tenang, nampak kasih sayangnya, lembut dalam berbicara, dan pergaulan, tidak prasangka, boleh bawa berbincang, tiada dengki, tiada benci membenci dan banyak lagi sifat-sifat mahmudah yang lain. Kenapa jadi begini? kerana seseorang itu cinta akan Allah s.w.t. Orang yang bercinta dia akan buat apa sahaja untuk kekasihnya, begitu juga dengan seseorang yang bercinta dengan Allah s.w.t..dia akan buat apa sahaja yang disuruh oleh Allah s.w.t untuk Tuhan yang dicintainya iaitu Allah s.w.t. Bila suasana seperti ini berlaku dalam komuniti kita, Maka akan lahirlah keluarga yang bahagia, anak-anak yang bahagia, dan rumahku syurgaku dan warga Maktab Rendah Sains Mara yang bahagia! . Akhir sekali lahirlah masyarakat yang aman dan harmoni hasil daripada individu yang cinta akan Tuhannya.

Sekian, terima kasih.
Menjelang Sahur...MRSM KK.

Wednesday, August 26, 2009

Petikan akhbar...Bahasa Melayu 'tenat'?

Bahasa Melayu semakin tenat?

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my


ANTARA peserta Seminar Kebangsaan Pendidikan Kesusasteraan Forum Pendidikan di Aswara.

Usaha perkasa melalui pemansuhan PPSMI tidak meninggalkan kesan positif

KEMAMPUAN memperkasakan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara semakin tenat, walaupun kerajaan sudah memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat mulai 2012 hingga 2016.

Usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu melalui pemansuhan PPSMI tidak meninggalkan kesan positif kepada pelajar, malahan pendekatan itu dianggap sekadar sampingan memandangkan pengajian pada peringkat universiti masih mengutamakan bahasa Inggeris.

Felo Penyelidik, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong, berkata situasi ini membantutkan usaha memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat lebih tinggi, apatah lagi kedudukan Kesusasteraan Melayu semakin hilang arah tuju.

“Ini kerana kebanyakan kelas aliran sastera ditutup akibat sambutan kurang memberangsang ekoran pelajar cenderung mengambil aliran sains," katanya pada Seminar Kebangsaan Pendidikan Kesusasteraan 2009 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Baginya, pihak berkuasa perlu memberi perhatian terhadap masalah terbabit kerana mata pelajaran Kesusasteraan Melayu boleh digunakan sebagai subjek untuk meningkatkan penguasaan bahasa di kalangan pelajar, sekali gus memberi ruang untuk karya sastera mendapat tempat dalam masyarakat.

DARI kiri, Dr Teo Kok Seong, Dr Abdullah Hassan dan Dr Krishnan Maniam.

"Pendekatan terbaik mempertahankan bahasa Melayu adalah dengan mewajibkan penggunaannya pada peringkat universiti. Korpus bahasa Melayu sudah hampir sempurna dan bahasa ini sudah mencapai status bahasa moden selain mampu mengungkapkan perkara konkrit dan abstrak termasuk dalam subjek Sains dan Matematik," tegasnya.

Pengarah Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, menyifatkan penggunaan bahasa Melayu rendah menyumbang kepada kemunduran bahasa dan kebiasaan masyarakat menggunakannya dalam karya drama dan filem menyebabkan bahasa Melayu tinggi menjadi janggal kepada mereka.

"Setiap individu di negara ini perlu mempelajari bahasa Melayu tinggi kerana penggunaannya dalam menulis laporan, sesi temu duga dan mencerminkan sikap dan nilai yang wujud dalam masyarakat Melayu. Penulisan karya juga sewajarnya menggunakan bahasa yang baik," katanya pada forum yang dipengerusikan oleh pengarang muda, Mohd Faizal Musa.

Beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan sikap bangsa Melayu yang tidak prihatin terhadap masalah ini kerana kebanyakan karya di televisyen atau panggung wayang menggunakan bahasa rojak yang kononnya mencerminkan realiti masyarakat, sedangkan ia boleh ditampilkan melalui kaedah lebih positif.

“Novel Indonesia, Laskar Pelangi, menggunakan bahasa tinggi bagi menyampaikan kisah kehidupan masyarakat dan keindahan terpancar. Pendekatan sedemikian jarang didapati dalam karya Melayu yang kurang mendokong usaha memperkayakan bahasa Melayu," katanya.

Pensyarah Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Krishnan Maniam, pula menekankan kepentingan penggunaan makna tersirat seperti perumpamaan dan peribahasa dalam sistem pendidikan mahupun kehidupan seharian kerana ia adalah wadah pengucapan ringkas, tetapi padat dengan maksud.

"Bagaimanapun sikap sambil lewa masyarakat kita melunturkan penggunaannya, tambahan pula masyarakat moden tidak mementingkan huraian dan menganggap Kesusasteraan Melayu sebagai subjek sampingan. Sekiranya diteliti syair klasik, Siti Zubaidah, menghiburkan dan membawa maksud tersirat serta dapat mengasah pemikiran masyarakat," jelasnya.

Senario yang dibentangkan itu menunjukkan bahawa bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu mempunyai kekuatan tersendiri dan Kesusasteraan Melayu sewajarnya dijadikan agen pendidikan tanah air bagi memastikan identiti dan jati diri penduduk semakin kukuh.

Sumber : http ://www.bharian.com.my/

Tuesday, August 25, 2009

Facebook cikgu saifudin

Salam semua...

1. Saya menjemput anda semua berinteraksi bersama saya, berkongsi maklumat dan info terkini dalam facebook saya...search:Cikgu Saifudin.

2. Facebook...satu lagi wadah 'minda saifudin' untuk kita dalam meniti cintaNya.

Monday, August 24, 2009

Kuasa Rasa

1. Kuasa Rasa...persoalan yang ditimbulkan oleh salah seorang pengunjung blog.

2.Perlu diingatkan, kita bukan bergantung kepada rasa semata-mata, sebenarnya apa yang saya maksudkan adalah setiap apa yang kita lakukan mestilah bergantung kepada Allah sw.t. Rasa di hati adalah sebagai panduan dan cetusan rasa untuk membuat sesuatu keputusan.

2. Apakah itu rasa?...Rasa adalah suatu yang subjektif, abstrak, mungkin boleh sampai ke tahap 'metafizik'...rasa yang baik adalah cetusan rasa hati yang dicampakkan oleh Allah kepada hambaNya...bila hati terlalu bersih, manusia dapat merasakan sesuatu yang benar...pandangannya menembusi hijab, dapat menembusi alam dunia...firasatnya kehendak Allah sehingga mampu membuat keputusan yang betul dan tepat...tetapi hati yang biasa dan jauh daripada Allah s.w.t mungkin cetusan rasa di hatinya ada ganguan daripada syaitan sehinggakan setiap keputusan dan apa yang dilakukan selalu sahaja tidak kena, tidak menjadi, dan tidak berjalan lancar kerana seseorang itu telah memutuskan hubungannya dengan Allah s.w.t yang maha kuasa di atas segalanya. Oleh itu, sebagai hamba Allah yang serba kekurangan...sentiasalah kita meminta petunjuk daripadaNya, solat istikharah selalu, agar rasa di hati kita adalah rasa yang tepat dan setiap apa yang kita lakukan dapat bimbingan daripada Allah s.w.t. Terima kasih.

Cuba renungkan: 'Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih'.

Sunday, August 23, 2009

Amalan di bulan Ramadan.


1. Hari ini, masuk hari kedua kita berpuasa. Perjalanan kita masih panjang lagi di bulan Ramadan kali ini. Ramai dalam kalangan umat islam pada hari ini, berlumba-lumba dalam melakukan ibadah di bulan puasa untuk mendapatkan seberapa banyak pahala daripada Allah S.W.T

2. Di antara amalan yang boleh dilakukan oleh kita di bulan yang mulia ini adalah...membaca Quran, solat sunat, ibadah malam, solat sunat, berzikir, mendengar lagu nasyid, bersedekah dan banyak lagi.

3. Pada hemat saya...di sebalik semua amalan ibadah yang kita lakukan...ada satu amalan yang ramai orang terlepas pandang. Saya namakan di sini, 'ibadah Rasa'. Ibadah rasa bermaksud dalam kita beribadah...kita merasakan dalam diri kita kebesaran Allah, keagungan Allah, rasa takut padaNya, rasa gerun padaNya, rasa kita hina, rasa kita berdosa, rasa kita tidak layak untuk syurga Allah, rasa kerdil disisi Allah. semua rasa ini akan membawa kita lebih dekat padaNya. Pahala dari ibadah rasa ini di bulan ramadhan lagi berlipat kali ganda berbanding mereka yang solat, baca quran tapi tidak ada rasa apa-apa. Bahkan, yang lebih teruk dapat dosa dalam beribadah, contoh solat dengan riak, puasa bak menunjuk, menderma nak menunjuk-nunjuk.

4. oleh itu, saya menyeru diri saya sendiri dan anda semua di luar sana, marilah sama-sama kita beribadah di bulan ramadhan kali ini disertai dengan penuh rasa kehambaan.

Wednesday, August 19, 2009

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

1. Alhamdulillah, bulan Ramadhan kini menjelma lagi. Saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan kepada semua pelawat blog saya, semua pelajar muslim MRSM KK terutamanya kelas yang saya ajar, 4 Nilam, 4 Berlian, 2 Nilam, 2 Mutiara dan 3 Mutiara.
2. Semoga 'perjalanan' kita dalam bulan Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun lepas, lebih banyak ibadah yang dilakukan, lebih memberi kesan pada jiwa, mendidik nafsu, dan lebih mendekatkan diri kita kepada Tuhan yang maha Agung.
3. Bulan yang penuh keberkatan, dibuka seluas-luasnya pintu syurga.
4. Saya melihat Ramadhan sebelum ini pada sesetengah orang menyambutnya dengan gembira. Namun, apa yang digembirakan? adakah gembira dengan kedatangan Ramadhan ini boleh menjalankan perniagaan di pasar Ramadahan?, mendapat tempahan baju raya bagi tukang jahit?, pesta tarawikh semata-mata? boleh memuaskan nafsu di pasar ramadhan?.
5. Bagi orang yang beriman, kedatangan Ramadhan membawa kegembiraan dan juga kesedihan. Kegembiraan kerana dapat melakukan amal ibadah dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, namun kenapa saya nyatakan ada juga yang bersedih dengan kedatangan Ramadhan? mungklin ramai yang terkejut dengan kenyataan saya ini. Sesungguhnya apa yang dimaksudkan di sini adalah, orang yang beriman akan berasa sedih mengenangkan Ramadhan yang lepas tidak banyak ibadah yang dilakukan, masih banyak kekurangannya dan takut dan bimbang kalau Ramadahan kali ini tidak mampu dilakukan dengan sempurna.
6. Oleh hal demikian, bagi orang yang beriman, setiap kali di awal Ramadhan, mereka akan berazam dan bertekad moga-moga Ramadhan yang bakal menjelma bakal ditempuhi dengan penuh rasa kehambaan, ketakwaan dan konsisten dalam melakukan amalan ibadah.

Friday, August 14, 2009

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia.



1. Vokalis utama kumpulan Rabbani meninggal dunia semalam (13 ogos 2009) selepas jatuh pengsan semasa memberi ucapan dalam program 'Syahadah' di RTM. Takziah buat keluarga Allahyarham.

2. Dunia nasyid tanah air pasti bersedih dengan pemergian beliau. Banyak jasa dan sumbangan beliau dalam indusrti nasyid tanah air. Allahyarham ustaz Asri ialah sifu bagi kumpulan-kumpulan nasyid tanahair, ustaz dan pendakwah.

3. Saya menerima berita pemergian beliau semalam semasa mengajar di dalam kelas. panggilan telefon daripada kawan saya, rupanya berita yang amat sedih buat diri saya.

4. Saya mengenali ustaz Asri seawal umur 1o tahun lagi. Membesar dengan dendangan lagu-lagu beliau, pada masa itu Asri dalam kumpulan Nadamurni. Saya juga pernah bersua dengan beliau, membuat persembahan bersama kumpulan Rabbani melalui lagu Intifada. Semua kenangan ini akan saya abadikan dalam hidup saya.

5. Nasihat dan tunjuk ajar Allahyarham kepada saya akan saya jadikan panduan dalam meniti hidup ini.
6.Terima kasih Tuhan atas nikmat dan kurniaanMu yang tak terhitung. Masih memberi udara dan ruang untukku bernafas lagi. Jika melihat dengan dosa-dosa yang kulakukan, aku malu padaMu Tuhan. Ampunkanlah dosa-dosaku.

Thursday, July 30, 2009

Minda 6: Cinta dan persoalannya vol 1

ISLAM MELARANG CINTA BERPANJANGAN
Sebenarnya dalam persoalan cinta ini, memang tidak dapat dielakkan, bila sudah timbul keinginan terhadap seseorang, cinta itu akan datang sendiri. Perasaan itu adalah fitrah semulajadi yang tidak perlu diajar atau didatangkan. Sebab itulah Islam amat melarang pergaulan bebas kerana ia boleh merangsang fitrah dan keinginan kepada jantina lain itu.Apabila seseorang sudah ada keinginan terhadap seseorang yang lain, ada jalan penyelesaiannya yang telah ditentukan oleh Islam. Jika ia mampu untuk berkahwin, digalakkan ia terus berkahwin. Jika tidak ia harus berpuasa untuk melawan keinginannya itu. Bagi mereka yang sudah mampu untuk berkahwin,waktu itulah diharuskan pihak lelaki meminang si anak dara tersebut.Sewaktu majlis pertunangan itu kedua-dua pasangan teruna dan dara ini boleh dipertemukan dengan ditemani muhrim mereka. Dalam ajaran Islam, harus ditemukan supaya kita tahu apakah mereka setuju untuk meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Waktu kali pertama pertemuan itulah timbul rasa cinta antara mereka. Bila sudah berjumpa dan ada rasa hati, kahwinkan segera agar kehangatan cinta mereka itu boleh merangsang kebahagiaan rumahtangga yang dibina.Tapi apa yang berlaku di dalam masyarakat kita, setelah lebih tiga atau empat tahun bercinta, barulah mereka hendak memikirkan untuk mendirikan rumahtangga bersama. Ini sudah terlambat. Ibarat tebu yang hilang manisnya; tinggal hampas sahaja. Manisnya sudah hilang sepanjang masa perkenalan itu. Akibatnya bila mereka mendirikan rumahtangga, kasih sayang antara mereka semakin hambar.Tidak pelik, jika kita dengar ada pasangan yang baru dua tiga bulan mendirikan rumahtangga, terus bercerai. Islam tidak mempersoalkan tentang sama ada perlu bercinta sebelum kahwin atau cinta selepas kahwin. Tapi yang dilarang ialah cinta yang berpanjangan sebelum kahwin boleh menyebabkan kehangatan kasih sayang itu akan terus malap setelah bernikah.Justeru itu Islam sangat menggalakkan agar pasangan yang sudah jatuh hati antara mereka sewaktu bertunang dicepatkan proses pernikahan mereka agar kasih sayang terus bertaut dan tidak terus malap . Sebaliknya jika sewaktu bertunang, kedua-duanya atau salah seorang dari mereka tidak terpaut antara mereka, eloklah jika pertunangan itu diputuskan sahaja. Begitulah Islam memberi jalan keluar kepada persoalan cinta.

Tuesday, July 28, 2009

Lawatan Kerja Pengerusi MARA


Pada 27 Julai, Pengerusi MARA Y.B Dato' Seri Idris Jusoh telah datang ke Maktab Rendah sains Mara Kota Kinabalu atas platform lawatan kerja.


Lawatan kerja pengerusi MARA kali ini dilihat satu evolusi baharu yang cuba dibawa oleh MARA sebagai badan berkanun dalam negara. Evolusi yang holistik dalam pelbagai sektor dalam MARA seperti MRSM, IKM, GIAT MARA dalam meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan yang diberi kepada rakyat.


Kualiti menjadi keutamaan. MARA: The way to 2008 menjadi visi yang jelas dalam memacu MARA ke arah sebuah badan yang melangkaui batas geografi merentasi seluruh dunia satu masa nanti.


Oleh itu, jelas lagi bersuluh, pegawai MARA guru MRSM khususnya perlu meningkatkan tahap kecekapan, ilmu dan kreativiti yang holisitk dalam organisasi masing-masing agar tidak dilabelkan sebagai pegawai yang tidak komited dalam menjalankan tugas. Hal ini menuntut Pegawai MARA agar 'All Out' dalam setiap tugas yang diamanahkan oleh organisasi.


Terima kasih.

Thursday, July 23, 2009

Minda 5: Sajak 1


HAKIKATNYA AKU TIDAK ADA APA-APA

Tidak ada apa pun yang ada padaku
Engkau suruh aku beribadah, aku pun beribadah
Aku pun beribadah, kemahuanku beribadah adalah kemahuan-Mu
Aku berusaha dan bertenaga ke arah itu semuanya qudrat dan kehendak-Mu

Engkau suruh aku membuat kebaikan
Setakat yang termampu aku membuatnya
Aku membuat setakat yang termampu adalah juga kehendak dan takdir dari-Mu
Tidak ada pun campur tanganku

Segala-galanya dari-Mu, terima kasih Tuhan
Aku patut bersyukur kepada-Mu
Engkau larang aku membuat maksiat
Sejauh yang termampu aku menjauhinya

Gerakan hatiku hendak meninggalkannya bukankah taqdir dari-Mu,
Engkau yang menggerakkan
Setakat yang termampu bukankah juga qadha dan qadar-Mu
Hakikatnya aku tidak ada usaha sekalipun sebesar habuk

Walaupun berusaha itu suruhan-Mu
Kalau begitu kalau ada pun sedikit kebaikan yang aku buat aku tidak boleh berbangga
Sepatutnya aku bersyukur kepada-Mu
jika kejahatan yang aku buat walaupun hakikatnya dari Engkau juga

Sebagai beradab biarlah aku mengaku bersalah,
memang hamba sifatnya bersalah
Engkau sebenarnya tidak menzalim,
Maha Suci Engkau
Mesti ada hikmah yang tersembunyi yang aku tidak tahu

Aku baik sangka dengan-Mu
Mungkin juga selepas berdosa aku memohon ampun kepada-Mu
Itulah yang Engkau mahu
Aku pun memohon ampun,
Engkau pun mengampunkan aku.

Wednesday, July 22, 2009

Minda 4: Konsep sebenar Solat Istikharah

Persoalan yang ditimbulkan oleh salah seorang pengunjung blog berkaitan Konsep pelaksanaan Solat Istikharah.
Solat istikharah biasanya dilakukan oleh mereka yang mempunyai dua atau lebih pilihan dalam membuat sebarang keputusan. Kebiasaan masyarakat islam Malaysia amnya, menjadikan solat Istikharah sebagai platform untuk memilih pasangan hidup semata-mata bila mempunyai beberapa pilihan. Sedangkan konsep pelaksanaan solat Istikharah amat luas dan bukan terbatas pada soal memilih jodoh sahaja.
Ketika seseorang ingin melakukan sesuatu maka digalakkan melakukan solat istikharah tidak kira apa jua masalah dan urusan. hal ini demikian setipa apa yang kita lakukan, petunjuk dan cetusan hati yang murni begitu penting dalam melakukan apa jua perkara. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t sahaja lah yang berkuasa memberi cetusan rasa dan gerak hati yang tepat dalam kita melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, Sebelum kita melakukan sesuatu seperti sebelum bermusafir, belajar, bermesyuarat dan lain-lain maka digalakkan melakukan solat Istikharah, secara tidak langsung kita semakin mendekatkan diri kepada Allah.
Terima Kasih.

Tuesday, July 21, 2009

Koleksi gambar Cikgu Saifudin



1. Gaya seorang jurugambar profesional


2. Pelajar 4 Nilam Sedang berforum di bawah bimbingan mentornya Cikgu Saifudin.


Monday, July 20, 2009

Minda 3:Kata Adverba dalam bahasa Melayu




Tatabahasa Dewan edisi ke-3 menampilkan elemen baharu memasukkan Kata Adverba. Sebelum Dewan Bahasa dan Pustaka menampilkan Kata Adverba dalam tatabahasa Dewan kali ini, Penulis telahpun didedahkan dengan Kata Adverba oleh guru penulis iaitu semasa di Universiti. "Kata Adverba perlu dijadikan sebahagian tatabahasa bahasa Melayu dalam konteks perkembangan bahasa Melayu di Malaysia" Saifuddin.


Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Perkataan yang tergolong dalam kata adverba termasuklah selalu, sentiasa, esok dan seringkali. Hal ini disebabkan masing-masing menerangkan situasi dalam ayat masing-masing.


Contoh ayat: kami selalu memperkatakan hal itu.

Cikgu Saifuddin itu sihat sentiasa.

Friday, July 17, 2009

Minda 2: Kaya Hati kaya yang hakiki


KAYA HATI KAYA YANG HAKIKI
"Sebenarnya kaya hati ialah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai di mana-mana dan dalam apa jua keadaan Orang yang kaya hati, kalau mereka kaya harta, ramai orang boleh menumpang dan mendapat manfaat dari kekayaannya. Fakir miskin terbela, orang susah dibantu, orang yang memerlukan diberi, dan orang yang berhutang diselesaikan hutangnya ." Orang yang kaya hati dikatakan juga kaya roh atau kaya jiwa. Manusia sibuk mencari kekayaan wang ringgit dan harta benda tetapi kurang berminat untuk mengkayakan hati, roh atau jiwa mereka. Sebenarnya kaya hati ialah kaya yang hakiki . Tidak ada lagi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai di mana-mana dan dalam apa jua keadaan. Orang yang kaya wang ringgit dan harta benda boleh jatuh miskin dan papa kedana bahkan boleh jatuh muflis atau bangkrap. Tetapi orang yang kaya hati akan tetap kaya selama-lamanya. Bagi orang yang kaya hati, ada harta atau tidak ada harta, ada kekayaan atau tidak ada kekayaan, sama sahaja padanya. Kaya atau miskin tidak menyusahkan hatinya dan tidak menggugat jiwanya. Sama ada dia dipuji atau dikeji, dimuliakan atau dihina, sama sahaja baginya. Dia tidak merasa bangga dan tidak pula berkecil hati atau cacat hatinya. Orang yang kaya hati, imannya kuat. Keyakinannya kental. Akhirat adalah matlamatnya . Dengan dunia ini, ada atau tidak ada, sama sahaja baginya. Bagi orang yang kaya hati, dunia ini suatu yang mudah. Dia merasa cukup dan puas dengan apa yang ada. Banyak atau sedikit serupa sahaja. Orang yang kaya hati merasa cukup dengan Tuhan. Dia merasa kaya dengan Tuhan. Kalau dunia dan harta ada di tangan, dia susah hati kerana ini bererti tanggungjawab yang berat terhadap agama dan masyarakat yang perlu dipikul. Dia takut kalau-kalau tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan. Kalau harta itu dapat diberi kepada orang yang memerlukan dan dapat dikorbankan ke jalan Allah, maka terhibur jiwanya dan lapang dadanya. Kalau ini tidak dapat dilakukan maka susah hatinya. Harta dan dunianya di tangan tetapi tidak di hati. Kalau dunia dan harta tidak dimiliki, senang hatinya kerana tanggungjawabnya ringan. Dia tenang dengan ujian dan kesusahan. Dia tidak digugat oleh hal-hal dunia yang menimpanya sama ada yang berbentuk nikmat dan kesenangan mahupun yang berbentuk ujian dan kesusahan. Dunianya tidak dapat melalaikannya dari Tuhan dan dari tanggungjawabnya. Orang yang kaya hati tidak merasa “inferiority complex” atau hina diri dengan orang kaya atau raja, orang cerdik pandai, orang yang berkuasa dan sebagainya. Dia memandang semua manusia semuanya setaraf sahaja. Pada dia, martabat manusia diukur mengikut iman dan taqwanya dan bukan dengan ukuran dunia. Orang yang kaya hati, kalau mereka kaya harta, ramai orang boleh menumpang dan mendapat manfaat dari kekayaannya. Dia tidak merasakan kekayaan itu miliknya dan oleh itu mudah baginya membelanjakannya. Fakir miskin terbela, orang susah dibantu, orang yang memerlukan diberi, dan orang yang berhutang diselesaikan hutangnya. Dia menjadi ‘bank’ kepada masyarakat. Benarlah bahawa kaya dan miskin itu istilah semata-mata yang berbeza maksudnya mengikut orang yang menuturkannya. Ada orang merasakan bahawa kaya itu mempunyai banyak harta kekayaan dan miskin itu tidak mempunyai apa-apa. Ada pula yang faham bahawa kaya itu tidak mahu dan tidak memerlukan apa-apa dan miskin itu bermakna memerlukan kepada sesuatu. Allah itu disebut Maha Kaya. Ini bermakna Allah tidak memerlukan kepada sesuatu apa pun. Allah Maha Kaya dari memerlukan sesuatu. Dengan definisi ini, kalau seseorang manusia itu hatinya sudah tidak terpikat dan tidak mahukan kekayaan dunia ini, maka kayalah dia walaupun dia tidak punyai apa-apa. Tetapi kalau seseorang manusia itu memiliki setengah dunia ini dan dia masih mahukan dan gilakan yang setengah lagi, maka dia tetap miskin kerana dia masih dalam keadaan memerlukan.