Wednesday, August 19, 2009

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

1. Alhamdulillah, bulan Ramadhan kini menjelma lagi. Saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan kepada semua pelawat blog saya, semua pelajar muslim MRSM KK terutamanya kelas yang saya ajar, 4 Nilam, 4 Berlian, 2 Nilam, 2 Mutiara dan 3 Mutiara.
2. Semoga 'perjalanan' kita dalam bulan Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun lepas, lebih banyak ibadah yang dilakukan, lebih memberi kesan pada jiwa, mendidik nafsu, dan lebih mendekatkan diri kita kepada Tuhan yang maha Agung.
3. Bulan yang penuh keberkatan, dibuka seluas-luasnya pintu syurga.
4. Saya melihat Ramadhan sebelum ini pada sesetengah orang menyambutnya dengan gembira. Namun, apa yang digembirakan? adakah gembira dengan kedatangan Ramadhan ini boleh menjalankan perniagaan di pasar Ramadahan?, mendapat tempahan baju raya bagi tukang jahit?, pesta tarawikh semata-mata? boleh memuaskan nafsu di pasar ramadhan?.
5. Bagi orang yang beriman, kedatangan Ramadhan membawa kegembiraan dan juga kesedihan. Kegembiraan kerana dapat melakukan amal ibadah dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, namun kenapa saya nyatakan ada juga yang bersedih dengan kedatangan Ramadhan? mungklin ramai yang terkejut dengan kenyataan saya ini. Sesungguhnya apa yang dimaksudkan di sini adalah, orang yang beriman akan berasa sedih mengenangkan Ramadhan yang lepas tidak banyak ibadah yang dilakukan, masih banyak kekurangannya dan takut dan bimbang kalau Ramadahan kali ini tidak mampu dilakukan dengan sempurna.
6. Oleh hal demikian, bagi orang yang beriman, setiap kali di awal Ramadhan, mereka akan berazam dan bertekad moga-moga Ramadhan yang bakal menjelma bakal ditempuhi dengan penuh rasa kehambaan, ketakwaan dan konsisten dalam melakukan amalan ibadah.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Terima Kasih ya cikgu...
Betullah apa yang cikgu cakap.
Samalah macam apa yang hari tu saya nak perkatakan kat cikgu..
Ada sebab kita perlu gembira dan ada sebab kita perlu bersedih.
Yang bersedih tu perspektif cikgu sendiri.
Apa pun saya minta maaf sepanjang perkenalan kita,mungkin saya salah satu penyebabab cikgu ber'emo'.
Hari tu cuma tak tersengaja nampak cikgu menenangkan fikiran kat depan PSIB.Mungkin ada hal lain kot.Apa pun baliklah kepadaNya jika bermasalah kerana lumrah hidup kita seperti itu.
Bagi saya kenal cikgu merupakan satu ujian yang Allah bagi kt saya dan mungkin juga satu rahmat.Mungkin silap saya terlalu brergantung dengan orang dan tak reti nak berdikari di samping saya ni terlalu berharap kasih sayang seorang kakak atau abang hingga semua orang pun saya nak bergantung.Saya sepatutnya sedar Allah takdirkan saya tidak mempunyai kakak atau abang supaya saya berdikari bukan berharap pada orang.Saya minta maaf cikgu jika perkenalan saya dengan cikgu selama ini merupakan satu pergangguan yang saya rasa menggangu peribadi cikgu.Mungkin kedamaian yang cikgu cuba cari selama ini seringkali gagal kerana saya.Afwan kasira......Mungkin saya patut cari orang lain yang lebih sesuai untuk dijadikan tempat bergantung.
Allah campak saya berkenalan dengan cikgu merupakan satu ujian buat cikgu dan saya.Tapi,saya tahu saya gagal dan tewas dengan ujian itu.Saya terlalu mengikut kata hati dan nafsu agaknya.....
Apa pun perubahan yang bagus saya rasa ketika cikgu ber'emo' hari tu merupakan hari yang paling bahagia buat saya kerana hari tu 2 orang yang saya sayang seolah sedar semula tanggungjawab sebagai hamba Allah.Seolah 2 insan yang saya hilang suatu ketika dahulu kini muncul semula.Kalau cikgu boleh maintain pergi Subuh macam hari Isnin tu,Zohor cam semalam dan Sabtu,Asar cam Selasa,Maghrib hari-hari dan Isya' cam semasa ceramah dan semalam kan bagus.Barulah pelajar kita rajin pergi surau kerana ada insan yang boleh mereka contohi..Biar dorang malu sket...Saya minta maaf dari awal perkenalan hinggalh ajal menjemput saya.Dan terima kasih....

Anonymous said...

wah,cikgu.siapa kah orang yang memberi kesan yang mendalam terhadap cikgu ni.