Sunday, August 30, 2009

Kemerdekaan: pada pandangan anda?...

1. Wajah-wajah kebanggaan negara kita.


1. Setelah 52 tahun bebas daripada cengkaman penjajah, Malaysia terus membangun dengan pesatnya..


2. Bapa kemerdekaan kita.

1. Alhamdulillah.. Esok...Kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-52. Maka ramailah dalam kalangan ahli politik, ahli akademik, pendakwah, aktivis masyarakat, bloger dan lain-lain masing-masing menzahirkan pendapat dan pandangan tentang erti kemerdekaan daripada perspektif tersendiri.

2. Sebagai warganegara yang cinta akan tanah air, Saya menjemput anda semua mengemukakan pandangan anda, bual bicara tentang erti kemerdekaan di 'post coment' .

4 comments:

Cikgu Saifuddin said...

1.Merdeka lahir...bebas daripada cengkaman penjajah, bebas dari penguasaan negara oleh pihak luar.

2.Merdeka pemikiran...bebas daripada pengaruh 'isme' barat, negatif dan merosakkan.

3.Merdeka nafsu...bebas daripada cengkaman nafsu, menguasai nafsu hingga melahirkan peribadi mulia.

cikgu saifudin.

=1 said...

Salam...
Bagi saya secara umumnya kita memang sudah merdeka...iaitu bebas daripada cengkaman penjajah.Tetapi,sedarkah anda?Kita semua masih dijajah dari aspek pemikiran.Orientalis Barat takkan pernah berhenti bekerja menyuntik budaya mereka dalam kehidupan masyarakat kita.Bagi saya ,budaya Barat ini terlalu luas pengaruhnya hinggakan banyak kes-kes yang sering menggemparkan di dada-dada akhbar.

Jika kita benar-benar sudah merdeka,mengapa masih wujudnya pengaruh'isme' di negara kita?Sebenarnya...dalam hati kita terlalu mudah terpengaruh dengan suntikan yang digunakan oleh orientalis Barat,sedangkan mereka di sana pastinya ketawa terbahak-bahak mlihatkan kemusnahan kita.

Sedarlah ,jika kita ingin merdeka..bersihkan dahulu negara kita dengan najis DADAH..kerana pengaruh besar mereka terletak di situ yang menjadikan mereka kuat..Tambahn pula ,mereka ingin melihat keruntuhan Umat iSlam di negara kita yang menjadi masyarakat majoriti di negara ini....

Mereka tak akan sesuka hati dan semudah itu melepaskan negara kita sesudah 31 ogos 1957,kerana negara kita ini kaya dari pelbagai aspek.....Oleh sebab itu,kita lihat pelbagai engaruh yang mereka terapkan dalam masyarakat kita....

Wassalam

Anonymous said...

Salam =1, saya setuju dengan pandangan anda...bagus..nampak kematangan berfikir..inilah warganegara pasca merdeka yang cemerlang!

KiTa_KaWaN said...

selagi agama tak diamal sebagaimana nabi ajar, maka belum merdeka lagi lah..