Friday, August 14, 2009

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia.



1. Vokalis utama kumpulan Rabbani meninggal dunia semalam (13 ogos 2009) selepas jatuh pengsan semasa memberi ucapan dalam program 'Syahadah' di RTM. Takziah buat keluarga Allahyarham.

2. Dunia nasyid tanah air pasti bersedih dengan pemergian beliau. Banyak jasa dan sumbangan beliau dalam indusrti nasyid tanah air. Allahyarham ustaz Asri ialah sifu bagi kumpulan-kumpulan nasyid tanahair, ustaz dan pendakwah.

3. Saya menerima berita pemergian beliau semalam semasa mengajar di dalam kelas. panggilan telefon daripada kawan saya, rupanya berita yang amat sedih buat diri saya.

4. Saya mengenali ustaz Asri seawal umur 1o tahun lagi. Membesar dengan dendangan lagu-lagu beliau, pada masa itu Asri dalam kumpulan Nadamurni. Saya juga pernah bersua dengan beliau, membuat persembahan bersama kumpulan Rabbani melalui lagu Intifada. Semua kenangan ini akan saya abadikan dalam hidup saya.

5. Nasihat dan tunjuk ajar Allahyarham kepada saya akan saya jadikan panduan dalam meniti hidup ini.
6.Terima kasih Tuhan atas nikmat dan kurniaanMu yang tak terhitung. Masih memberi udara dan ruang untukku bernafas lagi. Jika melihat dengan dosa-dosa yang kulakukan, aku malu padaMu Tuhan. Ampunkanlah dosa-dosaku.

1 comment:

oghe kelata kito said...

kami pun menangisi pemergian beliau sebagai seorang insan yang berjasa kepada dunia ISLAM melalui lagu2 dendangan beliau.Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas beliau